KERTAS CADANGAN MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENAIK TARAF ASRAMA
WARGA EMAS
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DARUL FALAH
1.TUJUAN
1.1 Kertas
cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bajet
dari pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato'/Datin/Tuan/Puan bagi menaik taraf asrama warga emas, Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah Kampung Limau Purut,
Rantau Panjang, Kelantan.
2.LATAR BELAKANG
2.1 Kampung Limau Purut adalah sebuah perkampungan
yang terpencil dari pekan Rantau Panjang
iaitu lebih kurang 12km.
2.2 Sekitar
tahun 1980-an, Y.Bhg Tuan Guru Haji Mohamed Bin Abdullah telah menubuhkan
sebuah Pondok Tradisional di kampung ini. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat
kira-kira 30 orang pelajar sahaja, terdiri dari 10 remaja dan 20 orang warga
emas. Tujuan penubuhan pondok ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja
dan warga emas khususnya untuk mendalami ilmu agama memandangkan pada masa
tersebut hanya terdapat segelintir sahaja guru yang dapat mengajar dalam bidang
agama.
2.3 Pelbagai kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh pihak pengurusan untuk membangunkan pondok ini, memandangkan sumber dana kewangan yang terhad dan
kurangnya bantuan daripada badan-badan korporat dan swasta yang berkeprihatinan
untuk tampil memberi bantuan.
2.4 Pada
tanggal 01 Januari 2014 pusat pengajian pondok ini telah dinaik taraf kepada
Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, dengan kos pembinaan satu blok asrama,
sebuah masjid iktikaf dua tingkat, sebuah dewan makan dan sebuah pejabat
pentadbiran, yang menelan perbelanjaan sebanyak RM700 ribu. Sumber kewangan ini
sebahagian besarnya adalah hasil
daripada sumbangan orang ramai dan individu-individu korporat yang tinggal di
Kuala Lumpur.
2.5 Kini
asrama warga emas yang dibina semenjak tahun 80-an telah semakin usang dan
struktur bangunan yang membahayakan. Oleh itu atas dasar keprihatinan, pihak
kami berpendapat bahawa ianya perlu digantikan dengan yang baru memandangkannya terlalu uzur sebelum ia rebah
kebumi.
3.ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Keperluan kepada menaik
taraf asrama baru adalah untuk menggantikan asrama yang sedia ada dan bagi memudahkan
warga emas menginap di asrama baru dengan lebih selesa disamping dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.
3.2 Di samping itu juga untuk mempastikan mereka
hidup dalam keadaan yang aman serta harmonis, memandangkan asrama mereka banyak
terdapat kebocoran dan mendatangkan masaalah kepada mereka setiap kali musim
tengkujuh tiba.
3.3 Selain itu, keadaan bangunan asrama yang terlalu usang
dan reput. Lebih-lebih lagi ianya dibina dari kayu yang menjadi kegemaran
anai-anai dan ini adalah salah satu punca bangunan ini mudah terdedah kepada
kebakaran terutamanya ketika cuaca panas.
4. CADANGAN
4.1 Kami dengan rasa rendah diri dan dengan penuh pengharapan
di atas segala kekurangan dan kesukaran kami warga PPTDF membangunkan pusat
tahfiz ini dengan mengorbankan masa, tenaga dan segala wang ringgit kami
semata-mata untuk melahirkan satu generasi yang beriman dan satu generasi
al-quran yang bukan sahaja untuk dirinya sendiri tetapi dapat dimanfaatkan
seluruh dunia islam secara amnya. Mudah-mudahan dengan sedikit maklumat yang
diberikan berkenaan dengan pusat pengajian ini menarik minat pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang
budiman untuk dapat memberikan sumbangan dalam mempastikan asrama warga emas
berwajah baru.
4.2 Kami juga
mengalu-alukan kunjungan dan lawatan pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke tempat
kami bagi melihat sendiri suasana persekitaran dan kehidupan di pusat pengajian
ini. Semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberi ganjaran pahala kepada
hamba-hambanya yang berusaha mendaulatkan agama ditanah air yang tercinta ini.
Renungan Hadis ” APABILA MATI SEORANG ANAK ADAM MAKA
TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA : -
1) SEDEKAH
JARIAH
2) ILMU YANG
MEMBERI MANFAAT
3) DOA
ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLIHAH
Disediakan oleh :
PENGASAS
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DARUL FALAH
PONDOK KAMPUNG LIMAU PURUT
17200 RANTAU PANJANG
KELANTAN DARUL NAIM
019-3808685/019-2962444