Khamis, 4 Januari 2018

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN MANGSA BANJIR 2017

Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah telah menganjurkan satu program kemasyarakatan bertempat di Villa Raudhatul Sakinah, Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kampung Limau Purut pada 02 Disember 2017 (Sabtu) Jam 02.30 petang. 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Haji Mohamed, Pengasas Pusat Tahfiz Darul Falah. 

Program ini adalah program penyatuan masyarakat setempat dengan pelajar tahfiz. Terdapat beberapa acara yang menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya pada sebelah pagi diadakan pertandingan memancing, menanam pokok buah-buahan, persembahan oleh pelajar tahfiz, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan mangsa banjir serta penyerahan replika cek pembelian tanah waqaf Pusat Pengajian Tahfiz RM 50,000.00 kepada Encik Isa bin Idris.

Program ini berakhir jam 04.30 petang.