Isnin, 28 Mac 2016


























KERTAS CADANGAN MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENAIK TARAF ASRAMA WARGA EMAS
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DARUL FALAH


1.TUJUAN

1.1 Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bajet dari pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/ Dato'/Datin/Tuan/Puan bagi menaik taraf asrama warga emas, Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah Kampung Limau Purut, Rantau Panjang, Kelantan.

2.LATAR BELAKANG

2.1 Kampung Limau Purut adalah sebuah perkampungan yang terpencil dari  pekan Rantau Panjang iaitu lebih kurang 12km.

2.2 Sekitar tahun 1980-an, Y.Bhg Tuan Guru Haji Mohamed Bin Abdullah telah menubuhkan sebuah Pondok Tradisional di kampung ini. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat kira-kira 30 orang pelajar sahaja, terdiri dari 10 remaja dan 20 orang warga emas. Tujuan penubuhan pondok ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja dan warga emas khususnya untuk mendalami ilmu agama memandangkan pada masa tersebut hanya terdapat segelintir sahaja guru yang dapat mengajar dalam bidang agama.

2.3 Pelbagai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh pihak pengurusan untuk membangunkan pondok ini, memandangkan  sumber dana kewangan yang terhad dan kurangnya bantuan daripada badan-badan korporat dan swasta yang berkeprihatinan untuk tampil memberi bantuan.

2.4 Pada tanggal 01 Januari 2014 pusat pengajian pondok ini telah dinaik taraf kepada Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, dengan kos pembinaan satu blok asrama, sebuah masjid iktikaf dua tingkat, sebuah dewan makan dan sebuah pejabat pentadbiran, yang menelan perbelanjaan sebanyak RM700 ribu. Sumber kewangan ini sebahagian besarnya  adalah hasil daripada sumbangan orang ramai dan individu-individu korporat yang tinggal di Kuala Lumpur.

2.5 Kini asrama warga emas yang dibina semenjak tahun 80-an telah semakin usang dan struktur bangunan yang membahayakan. Oleh itu atas dasar keprihatinan, pihak kami berpendapat bahawa ianya perlu digantikan dengan yang baru  memandangkannya terlalu uzur sebelum ia rebah kebumi.

3.ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Keperluan kepada menaik taraf asrama baru adalah untuk menggantikan asrama yang sedia ada dan bagi memudahkan warga emas menginap di asrama baru dengan lebih selesa disamping dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.

3.2 Di samping itu juga untuk mempastikan mereka hidup dalam keadaan yang aman serta harmonis, memandangkan asrama mereka banyak terdapat kebocoran dan mendatangkan masaalah kepada mereka setiap kali musim tengkujuh tiba.

3.3 Selain itu, keadaan bangunan asrama yang terlalu usang dan reput. Lebih-lebih lagi ianya dibina dari kayu yang menjadi kegemaran anai-anai dan ini adalah salah satu punca bangunan ini mudah terdedah kepada kebakaran terutamanya ketika cuaca panas.

3.4 Disamping itu, pembinaan asrama baru ini amat diperlukan oleh golongan warga emas  bagi memberi kepada  mereka keselesaan untuk melakukan ibadah-ibadah wajib  dan ibadah sunat tanpa rasa bimbang dan khuatir akan keselamatan mereka. Ini juga   adalah sebahagian dari tanda keprihatinan masyarakat terhadap golongan warga emas. Tanpa mereka, siapa lah kita pada hari ini yang boleh dikatakan banyak sekali kesenangan yang dikecapi dan perolehi serta dimiliki. Ia sebenarnya berpunca dari keberkatan doa-doa dari mereka.

4. CADANGAN

4.1 Kami dengan rasa rendah diri dan dengan penuh pengharapan di atas segala kekurangan dan kesukaran kami warga PPTDF membangunkan pusat tahfiz ini dengan mengorbankan masa, tenaga dan segala wang ringgit kami semata-mata untuk melahirkan satu generasi yang beriman dan satu generasi al-quran yang bukan sahaja untuk dirinya sendiri tetapi dapat dimanfaatkan seluruh dunia islam secara amnya. Mudah-mudahan dengan sedikit maklumat yang diberikan berkenaan dengan pusat pengajian ini menarik minat pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang budiman untuk dapat memberikan sumbangan dalam mempastikan asrama warga emas berwajah baru.

4.2 Kami juga mengalu-alukan kunjungan dan lawatan pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke tempat kami bagi melihat sendiri suasana persekitaran dan kehidupan di pusat pengajian ini. Semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberi ganjaran pahala kepada hamba-hambanya yang berusaha mendaulatkan agama ditanah air yang tercinta ini.


Renungan HadisAPABILA MATI SEORANG ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA : -

1)  SEDEKAH JARIAH
2)  ILMU YANG MEMBERI MANFAAT
3)  DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLIHAH



Disediakan oleh :


PENGASAS
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DARUL FALAH
PONDOK KAMPUNG LIMAU PURUT
17200 RANTAU PANJANG
KELANTAN DARUL NAIM
019-3808685/019-2962444



















































PROGRAM PERTANDINGAN QASIDAH PERINGKAT SEKOLAH TAHFIZ. PROGRAM INI BERLANGSUNG PADA 13 MAC 2016(AHAD), JAM 8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI, BERTEMPAT DI PERKARANGAN VILLA RAUDHATUL SAKINAH, PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DARUL FALAH. PERTANDINGAN QASIDAH INI DIMENANGI OLEH PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL AHMADI KAMPUNG RAHMAT.