13
Jun 2018/28 Ramadhan 1439H- Pusat
Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kampung Limau Purut, Rantau Panjang Kelantan
telah melakukan jejak kasih bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik
bagi mengagihkan sumbangan beras kepada hampir 510 orang melibatkan 13 buah
kampung. Masa yang diambil bagi menyempurnakan agihan ini ialah lebih kurang 3
hari iaitu 13, 14 dan 17 Jun 2018.
Diantara kampung yang menjadi
pilihan penagihan sumbangan ini ialah :-
1) Kampung
Limau Purut seramai 120 orang
2) Kampung
Kuala Kajang seramai 50 orang
3) Kampung
Lalang Pepuyu seramai 60 orang
4) Kampung
Panglima Bayu seramai 20 orang
5) Kampung Batu
Lapan, Gual Ipoh seramai 16 orang
6) Kampung
Gual Dalam seramai 25 orang
7) Pondok
Gual Dalam seramai 70 orang
8) Kampung
Telagamas seramai 16 orang
9) Kampung
Bagus seramai 20 orang
10) kampung
rahmat seramai 25 orang
11) Kampung
tanjung Baru seramai 25 orang
12) Kemahang
tiga seramai 20 orang dan
13) Pasir mas
seramai 43 orang
Beras yang diagihkan ini dalam
jumlah beribu ribu kampit adalah fidyah dari seorang hamba Allah bagi pihak
bapanya. Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah telah diberi amanah oleh salah
seorang anak perempuannya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan
Bukit Damansara Kuala Lumpur dan mengambil tanggungjawab ini bagi menyelesaikan
kewajipan yang terpikul dibahu bapanya. Ini kerana untuk mengagih beras dalam kuantiti
yang banyak seperti ini memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi mengenal pasti
mereka yang betul-betul layak untuk diberinya.
Jumlah kampit beras untuk
setiap orang telah diagih mengikut tahap kemiskinan. Ada diantara mereka yang
mendapat tiga kampit setiap orang, ada yang mendapat dua kampit dan ada yang mendapat satu kampit.
Terima kasih diucapakan kepada
semua penerima dan diharapkan agar sama samalah kita berdoa kepada Allah agar
kita sentiasa dirahmatiNya dan dikekalkan dengan keimanan yang mantap
disampaing sanggup berjihad mempertahankan agamaNya walau apa keadaan dan
situasi yang menimpa. Juga terima kasih yang tidak terhingganya kepada pihak
waris yang begitu prihatin tentang agama yang sanggup menyegerakan pembayaran
fidyah ini dalam kadar yang segera.
Semoga Allah menerima segala
kebaikan yang kita lakukan itu dan diharapakan agar segala dosa-dosa lampau dan
baru diampunkan sebaik-baiknya. Akhirnya kita berharap agar Syurga Al-Firdaus
menjadi tempat tinggal kita yang kekal abadi.