Khamis, 21 Jun 2018


13 Jun 2018/28 Ramadhan 1439H-  Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kampung Limau Purut, Rantau Panjang Kelantan telah melakukan jejak kasih bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik bagi mengagihkan sumbangan beras kepada hampir 510 orang melibatkan 13 buah kampung. Masa yang diambil bagi menyempurnakan agihan ini ialah lebih kurang 3 hari iaitu 13, 14 dan 17 Jun 2018.
Diantara kampung yang menjadi pilihan penagihan sumbangan ini ialah :-
            1)         Kampung Limau Purut seramai 120 orang
            2)         Kampung Kuala Kajang seramai 50 orang
            3)         Kampung Lalang Pepuyu seramai 60 orang
            4)         Kampung Panglima Bayu seramai 20 orang
            5)         Kampung Batu Lapan, Gual Ipoh seramai 16 orang
            6)         Kampung Gual Dalam seramai 25 orang
            7)         Pondok Gual Dalam seramai 70 orang
            8)         Kampung Telagamas seramai 16 orang
            9)         Kampung Bagus seramai 20 orang
            10)      kampung rahmat seramai 25 orang
            11)      Kampung tanjung Baru seramai 25 orang
            12)      Kemahang tiga seramai 20 orang dan
            13)      Pasir mas seramai 43 orang
Beras yang diagihkan ini dalam jumlah beribu ribu kampit adalah fidyah dari seorang hamba Allah bagi pihak bapanya. Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah telah diberi amanah oleh salah seorang anak perempuannya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur dan mengambil tanggungjawab ini bagi menyelesaikan kewajipan yang terpikul dibahu bapanya. Ini kerana untuk mengagih beras dalam kuantiti yang banyak seperti ini memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi mengenal pasti mereka yang betul-betul layak untuk diberinya.

Jumlah kampit beras untuk setiap orang telah diagih mengikut tahap kemiskinan. Ada diantara mereka yang mendapat tiga kampit setiap orang, ada yang mendapat dua kampit  dan ada yang mendapat satu kampit.
Terima kasih diucapakan kepada semua penerima dan diharapkan agar sama samalah kita berdoa kepada Allah agar kita sentiasa dirahmatiNya dan dikekalkan dengan keimanan yang mantap disampaing sanggup berjihad mempertahankan agamaNya walau apa keadaan dan situasi yang menimpa. Juga terima kasih yang tidak terhingganya kepada pihak waris yang begitu prihatin tentang agama yang sanggup menyegerakan pembayaran fidyah ini dalam kadar yang segera.
Semoga Allah menerima segala kebaikan yang kita lakukan itu dan diharapakan agar segala dosa-dosa lampau dan baru diampunkan sebaik-baiknya. Akhirnya kita berharap agar Syurga Al-Firdaus menjadi tempat tinggal kita yang kekal abadi.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan