Khamis, 21 Jun 2018


12 Jun2018/27 Ramadhan 1439H- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kampung Limau Purut, Rantau Panjang Kelantan telah berjaya melaksanakan Program Seikhlas Kasih Seindah Budi pada 12 Jun 2018 bertempat di Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah.

Program ini bermula seawal jam 3.30 pagi dengan Qiamullail dan diteruskan dengan  Program Tadarus al-Quran pada jam 3.00 petang. Manakala, jam 5.00 petang pula disusuli dengan Forum Bicara Semasa yang bertajuk “Memburu Lailatul Qadar”.. Kemudian pada jam 6.15 petang penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada 100 orang fakir miskin, 30 orang anak yatim, 30 orang warga emas, 25 orang guru al-Quran dan 150 peserta tadarus. Program ini berakhir dengan iftar jamaie.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj Zakaria Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan berjaya menghimpunkan seramai 335 orang masyarakat yang telah melibatkan  lapan buah kampung kejiranan iaitu kampung Limau Purut, Kampung Kajang, Kampung Lalang Pepuyu, kampung Rahmat, Kampung Tangjung Baru, Kampung Lubok Stol, Kampung Telaga Mas dan Kampung Kubang Chenok Rantau Panjang.

Selain itu, beberapa objektif program ini adalah bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti agama bagi melahirkan insan yang kamil dan bertaqwa. Ia juga bertujuan  untuk menjalin dan megeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat karana ianya adalah program yang julung kali diadakan dan program ini banyak memberi kebaikan kepada orang ramai terutamanya golongan yang kurang bernasib baik yang telah mendapat pembelaan dengan penyampaian sumbangan hari raya yang berupa wang dan barangan keperluan harian.

Program seperti ini harus diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat merapatkan jalinan ukhuwwah antara masyarakat kampung dengan pihak Jabatan Agama  Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan